Hari
Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih
hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang
tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut
Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada
pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka
masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang
dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine
adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut
di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa
pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana
mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine
seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan
akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan
seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya
terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus
yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine
bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara
seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika
di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai
penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada
gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah
sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah
mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah
ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari
Valentine.
No comments:
Post a Comment